Sunday, May 9, 2010

SEJARAH MASJID KG. PENDAMAR, KLANG

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Semua muslimin dan muslimat.

Sepengetahuan saya masjid yang asal dibina dari kayu dan kawasan tanahnya diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Mashud. (malangnya tiada gambar masjid tersebut).

Masjid kayu kayu ini dirobohkan pada tahun 1965 dan diganti dengan masjid baru dari batu yang dibiayai oleh Kerajaan dengan kos RM25ribu. Bangunan ini telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Al-Haj Sultan Selangor di masa itu.

Bangunan masjid ini sekarang telah diubah suai dengan digantikan dengan atap baru, kalau dulu atapnya genting, tetapi selalu sangat berlaku kebocoran, untuk mengelakkan kebocoran dan kerosakkan kepada permaidani maka atapnya sekarang diganti dengan zink tahan karat berwarna biru dengan kos dibiayai sepenuhnya oleh masjid (melalui wang tabung pembinaan), kubahnya masih kekal dari batu.

Tambahan telah dibuat di sekeliling masjid bagi menampung jemaah yang ramai semasa solat Jumaat dan Hari Raya Edul Fitri dan Edul Adha. Dibina juga satu menara untuk pembesar suara berkubah kecil dari stainless steel dan tiangnya dari besi bulat yang ketinggiannya melebihi kubah masjid sediaada.

Wasallam.

No comments:

Post a Comment