Malam ini 20 Mei 2010 selepas solat Isyak rombongan Jawatankuasa Masjid yang diketuai oleh Tuan Hj Mohd Shah bin Haron (Nazir), En. Rosli bin Kasah (Imam 1), En. Tajuddin bin Mohammad (Bilal 1) dan beberapa orang AJK juga tidak ketinggalan En. Mohamad Zin bin Dawod (Penasihat 2 merangkap Ketua Kg. Pendamar) telah pergi menziarahi keluarga mangsa kebakaran di Jalan 6 iaitu En. Sanit bin Ali rumah No. 1, ( beliau sekarang berada di HTAR kerana terkejut keatas kebakaran yang berlaku )
Rumah No. 3, tiada penghuni semasa kebakaran berlaku, sebab itu rumah tersebut hangus habis dan kebakaran berpunca dari rumah ini.
Makluman kepada saya kebakaran berpunca akibat dari pembakaran tilam di bilik yang disengajakan oleh salah seorang ahli keluarga (mungkin tidak siuman) di rumah No. 3, cerita yang disampaikan "hoi aku dah bakar rumah aku, kau orang pegi panggil bomba".
Bila Bomba sampai, semua pili bomba yang ada di kawasan perumahan Fasa 1 tidak berair, tak tahu apa sebabnya, jadi terpaksalah lori Bomba bergerak ke kawasan perumahan Fasa 2 dan mengepam air melalui pili bomba di hadapan rumah salah seorang jawatankuasa masjid. Bila bomba datang balik rumah yang ditengah (No. 3) dah selesai dan api sedang marak membakar bumbung rumah No. 1 dan No. 5
Sumbangan yang di sampaikan ialah sebanyak RM1,000.00 setiap rumah, semoga dapat meringankan sedikit beban anggota keluarga yang ditimpa musibah ini.
Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
No comments:
Post a Comment