Tuesday, May 25, 2010

INNALILLAHI WAINNAILAIHI RAJI'UNN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam ini 26 Mei 2010 selepas maghrib aku dimaklumkan melalui panggilan telefon dari abang Haji Mustafa bahawa Siros binti Mohd Tuha (Isteri kepada Superman bin Baharum) telah meninggal dunia menderita sesak nafas, Allahyarhamah pergi dalam usia 50 tahun.

Permit menguburkan yang dikeluarkan oleh Balai Polis Pandamaran.

En. Superman Baharum (misai tebal) suami kepada allahyarhamah.

Sahabat, jiran, saudara, orang kampung yang datang menziarah jenazah.

Tn. Hj. Abdullah Mustajab (Pengerusi Badan Khairat Kg. Pendamar) turut menziarahi jenazah.

En. Mohd. Ismawi Ishak (Pengerusi KRT) dan En. Shahruddin Muslim (Bendahari KRT)antara ahli kariah yang hadir di rumah En. Superman.

Kurang lagi seorang ahli kariah kampong aku, esok aku uploadkan permit pengkebumian untuk makluman semua.

Solat Jenazah di masjid di pimpin oleh Imam 1, En. Rosli Kasah

Jenazah hendak diturunkan ke liang kubur.
Penggali-penggali kubur (Halim, Johari(Wak Joe), Azmi(Komeng) dan Hassan) sedang menimbus tanah di liang kubur.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment