Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Masa yang dinantikan telah tiba, pada 18 Februari 2011 selepas solat maghrib sambutan maulidur-Rasul masjid kg. pendamar dimulakan dengan bacaan rawi diketuai oleh Nazir Tuan Haji Mohd Shah bin Haron dan marhaban oleh mantan Nazir Tuan Haji Zainal Rashid Mohd Jonid dan dalam masa yang sama upacara memotong rambut pun dilakukan, dimulai oleh Tuan Nazir.



Kelihatan Nazir Tuan Haji Mohd Shah Haron, Tuan Imam Rosli Kasah, Bilal Tajuddin Muhamad

Kelihatan Timbalan Nazir Mohd Surani Shairi, AJK KRT Abd Razak Hashim dan Bendahari KRT Shahruddin Muslim

Peralatan mengunting/mencukur rambut dengan bunga rampai

Ini pulak macam nak menepung tawar aje

Kelihatan ahli kariah En. Ismam Ahmad dan Mantan Nazir Tuan Hj. Zainal Rashid Mohd Jonid
sedang marhaban

Tuan Hj. Abd Samat Arip dan Mohd Hamidi Mahmod pun ade jugak malam tu


Tuan Nazir Hj Mohd Shah Haron sedang memotong rambut anak-anak ahli kariah

En Ismam Ahmad turut memotong rambut - eh menangis pulak budak ni

Tuan Imam Rosli Kasah juga sedang memotong rambut anak kariah

Kanak-kanak yang turut hadir memeriahkan majlis

Alias @ anak Jefrydin Ubin mengetuai membawa peralatan memotong rambut

Tuan Nazir mendoakan kesejahteraan kanak-kanak yang dicukur.
Penduduk kampung dan guru sekolah agama telah membawa bunga telor untuk diagih-agihkan kepada ahli kariah yang hadir.

Jemaah wanita yang turut hadir dalam majlis ini

Ibu-ibu yang anaknya akan dicukur/potong rambutnya

Antara pahar bunga telor yang dibawa oleh Sekolah Agama Rakyat Kg. Pendamar.

Telor dah habis diagihkan, senyum Timbalan Nazir

Antara kanak-kanak yang hadir
Selepas itu jamuan ringan burger pun diedarkan, tetapi malangnya tak mencukupi kerana kehadiran yang amat memberangsangkan, ada juga bubur lambuk diedarkan, tapi mangkuk dah habis pulak.

En. Malik Yunus AJK KRT sedang agihkan bunga telor

Dalam ucapan penutupnya Tuan Nazir memohon maaf kerana jamuan tak cukup, insyaAllah tahun hadapan akan buat jamuan yang mencukupi dan terimakasih kepada guru-guru Sekolah Agama dan ahli kariah yang hadir dan membantu kerja-kerja persiapan awal dan mengemas selepas majlis berakhir.
Majlis berakhir jam 9.00 malam selepas solat fardhu Isya', Wasallam.
No comments:
Post a Comment