Sempena cuti sambutan maulidurrasul 1432H semalam, masjid kg pendamar telah mengadakan kerja gotong royong membersihkan masjid dan kawasannya mulai jam 8.30 pagi lagi, kehadiran ajk dan ahli kariah amat menggalakkan, cuma yang kurang ialah kehadiran tenaga muda yang sepatutnya membuat kerja-kerja yang memerlukan badan sasa, walau bagaimanapun kerja seperti membersihkan kolah mengambil wudhu dapat diselesaikan oleh Tuan Imam 1 dengan bantuan mesen air "high pressure".
Selain dari itu kerja lain yang dibuat ialah mengecat bahagian bawah dinding yang dipasang "tiles" baru, membersihkan kipas angin, mengemop lantai, membuat touch-up pada dinding yang tertanggal catnya, mengemas bahagian belakang bangunan masjid dan stor dan mengecat 'curve' jalan di tempat letak kereta.
Makanan untuk mengalas perut memang banyak selepas kerja-kerja gotongroyong tersebut, antaranya 'mushroom soup' cecah dengan roti perancis, jemput-jemput pisang, pau inti kelapa, buah-buahan dan minuman.
Kerja-kerja tamat jam 12 tengahari. Terima kasih kepada yang datang membantu.
No comments:
Post a Comment