Wednesday, February 23, 2011

HAJAT DITUNAIKAN DAN PAHALA MENGALIR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah kerja-kerja mengganti permaidani di ruangan solat masjid kampung pendamar klang selesai dilakukan pada hari Isnin 21 Februari 2011, Kali ini warnanya biru kuning, sejuk mata memandang, sebelum ini warna kuning hijau.
Keadaan permaidani yang telah uzur dan koyak.

Permaidani yang baru, selesa solat, tak la kematu kata ahli kariah.

AJK sebelum ini iaitu pada tahun lepas ada memohon penggantian permaidani ini dan telah menghantar surat kepada isteri YAB Dato' Menteri Besar Selangor (Puan Sri Hajah Salbiah Tunut) malangnya tak dapat, Alhamdulillah pada awal tahun 2011 ini ada individu yang sudi menghulurkan sumbangan iaitu Y.Bhg. Dato' Haji Mazlynor (Ketua UMNO Bahagian Klang), semoga pahalanya mengalir selagi permaidani ini digunakan, insyaAllah.

Apa yang di utarakan oleh ahli kariah semasa mesyuarat agong tempohhari supaya permaidani ini di ganti telah tercapai. Alhamdulillah.

Sunday, February 20, 2011

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H MERIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Masa yang dinantikan telah tiba, pada 18 Februari 2011 selepas solat maghrib sambutan maulidur-Rasul masjid kg. pendamar dimulakan dengan bacaan rawi diketuai oleh Nazir Tuan Haji Mohd Shah bin Haron dan marhaban oleh mantan Nazir Tuan Haji Zainal Rashid Mohd Jonid dan dalam masa yang sama upacara memotong rambut pun dilakukan, dimulai oleh Tuan Nazir.


Kelihatan Nazir Tuan Haji Mohd Shah Haron, Tuan Imam Rosli Kasah, Bilal Tajuddin Muhamad

Kelihatan Timbalan Nazir Mohd Surani Shairi, AJK KRT Abd Razak Hashim dan Bendahari KRT Shahruddin Muslim

Peralatan mengunting/mencukur rambut dengan bunga rampai

Ini pulak macam nak menepung tawar aje

Kelihatan ahli kariah En. Ismam Ahmad dan Mantan Nazir Tuan Hj. Zainal Rashid Mohd Jonid
sedang marhaban

Tuan Hj. Abd Samat Arip dan Mohd Hamidi Mahmod pun ade jugak malam tu


Tuan Nazir Hj Mohd Shah Haron sedang memotong rambut anak-anak ahli kariah

En Ismam Ahmad turut memotong rambut - eh menangis pulak budak ni

Tuan Imam Rosli Kasah juga sedang memotong rambut anak kariah

Kanak-kanak yang turut hadir memeriahkan majlis

Alias @ anak Jefrydin Ubin mengetuai membawa peralatan memotong rambut

Tuan Nazir mendoakan kesejahteraan kanak-kanak yang dicukur.

Penduduk kampung dan guru sekolah agama telah membawa bunga telor untuk diagih-agihkan kepada ahli kariah yang hadir.
Jemaah wanita yang turut hadir dalam majlis ini

Ibu-ibu yang anaknya akan dicukur/potong rambutnya

Antara pahar bunga telor yang dibawa oleh Sekolah Agama Rakyat Kg. Pendamar.

Telor dah habis diagihkan, senyum Timbalan Nazir

Antara kanak-kanak yang hadir

Selepas itu jamuan ringan burger pun diedarkan, tetapi malangnya tak mencukupi kerana kehadiran yang amat memberangsangkan, ada juga bubur lambuk diedarkan, tapi mangkuk dah habis pulak.En. Malik Yunus AJK KRT sedang agihkan bunga telor

Dalam ucapan penutupnya Tuan Nazir memohon maaf kerana jamuan tak cukup, insyaAllah tahun hadapan akan buat jamuan yang mencukupi dan terimakasih kepada guru-guru Sekolah Agama dan ahli kariah yang hadir dan membantu kerja-kerja persiapan awal dan mengemas selepas majlis berakhir.

Majlis berakhir jam 9.00 malam selepas solat fardhu Isya', Wasallam.

MESYUARAT AJK KEDUA (2/2011)

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah pada 10 Februari 2011 yang lepas kami telah mengadakan mesyuarat AJK kali kedua bagi tahun 2011 ini mulai jam 9.15 malam. Kehadiran AJK amat menggalakkan seperti senarai di bawah:
1. Haji Mohd. Shah bin Haron - Nazir/Pengerusi
2. Mohd Surani Shairi - Timbalan Nazir
3. Mohd Ariffin Saleh - Setiausaha
4. Hajah Aini Fadzil - Penolong Setiausaha
5. Haji Amirrudin Hassim - Bendahari
6. Mohd Ismawi Ishak - AJK
7. Salim Sirat - AJK
8. Anuar Shahruddin - AJK
9. Ab Fatah Medin - AJK
10.Kamaruddin Haji Zainal - AJK
11.Hajah Kelesom Mohd Sani - AJK
12.Riza Ishak - AJK Pemuda
13.Selamah Fadzil - AJK Wanita
14.Rosli Kasah - Imam 1
15.Haji Zulkifli Haji Mahfudz - Imam 2
16.Tajuddin Muhamad - Bilal 1
17.Mohd Jani Kamis - Bilal 2
18.Noordin Ngah - Pembantu Bilal
19.Shahbudin Abd Malek - Siak 1
20.Aziz Ismail - Pembantu Siak
21.Bahaman Ismail - Pemeriksa Kira-Kira 2
22.Mohamad Zin Dawod - Penasihat/Ketua Kampung

Antara cadangan dan keputusan yang diambil dalam mesyuarat tersebut ialah:
1. Bumbung antara bangunan SAR ke kantin akan dibina oleh sekolah agama sendiri.
2. Pengerusi minta Pengerusi Jawatankuasa Tanah Wakaf menyerahkan segera bayaran pengkebumian kepada bendahari secepat mungkin.
3. Gotong-royong di masjid akan diadakan pada 15 Februari 2011 mulai jam 8.30 pagi.
4. Pakaian seragam untuk AJK akan difikirkan kemudian dengan anggaran harga antara RM150 ke RM200.
5. Kuliah Ustaz Uda Kassim akan dmulakan pada bulan Mac iaitu minggu ketiga setiap bulan.
6. Penggantian karpet akan dipohon kepada yang berkenaan untuk menyumbang.
7. Melantik AJK Penyediaan Perjanjian Penyewan Tanah Wakaf:
a. Haji Mohd Shah Haron - Penasihat
b. Mohd Surani Shairi - Pengerusi
c. Mohd Ariffin Saleh - Setiausaha
d. Hajah Aini Fadzil - Penolong Setiausaha
e. Haji Amirrudin Hassim - AJK
f. Haji Zulkifli Haji Mahfudz - AJK
g. Mohd Ismawi Ishak - AJK
h. Salim Sirat - AJK
8. Melantik Jawatankuasa Pembinaan Masjid Baru Kg. Pendamar:
Penasihat - Mohamad Zin Dawod ( Ketua Kg/Pengerusi JKKK)
Pengerusi - Haji Mohd Shah Haron
Timbalan Pengerusi - Mohd. Surani Shairi
Setiausaha - Mohd Ariffin Saleh
Penolong Setiausaha - Hajah Aini Fadzil
Bendahari - Amirrudin Hassim
AJK - Mohd Ismawi Ishak
- Riza Ishak
- Abd. Razak Manaf - Wakil Badan Khairat Kematian
- 2 orang wakil surau Park Land
- 2 orang wakil Surau Telok Gedung
- 2 orang wakil surau Kota Pendamar
- 2 orang wakil surau Pendamar Indah 2
9. Cadangkan sambutan maulidurRasul pada 18 Februari 2011 selepas solat Maghrib dengan bacaan rawi dan cukur jambul kanak-kanak, jamuan burger dan air mineral botol.
10. Saguhati Pembantu Bilal (Noordin Ngah) dinaikkan ke RM200 sebulan mulai bulan Februari 2011.
11. Tempat mandi jenazah di baiki kedudukanya supaya lebih condong dan air dapat mengalir.

Mesyuarat ditangguhkan jam 11.30 malam.

Tuesday, February 15, 2011

GOTONG ROYONG MAULIDUR RASUL 1432H

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sempena cuti sambutan maulidurrasul 1432H semalam, masjid kg pendamar telah mengadakan kerja gotong royong membersihkan masjid dan kawasannya mulai jam 8.30 pagi lagi, kehadiran ajk dan ahli kariah amat menggalakkan, cuma yang kurang ialah kehadiran tenaga muda yang sepatutnya membuat kerja-kerja yang memerlukan badan sasa, walau bagaimanapun kerja seperti membersihkan kolah mengambil wudhu dapat diselesaikan oleh Tuan Imam 1 dengan bantuan mesen air "high pressure".
Kerja-kerja membersihkan kolah mengambil wudhu.

Selain dari itu kerja lain yang dibuat ialah mengecat bahagian bawah dinding yang dipasang "tiles" baru, membersihkan kipas angin, mengemop lantai, membuat touch-up pada dinding yang tertanggal catnya, mengemas bahagian belakang bangunan masjid dan stor dan mengecat 'curve' jalan di tempat letak kereta.
Hj Ahmad Kasah Mohd Shariff sedang mengecat bahagian bawah dinding



Kerja-kerja mengemop oleh AJK Wanita


Kerja-kerja mengecat batu 'curve' jalan

Kelihatan Tuan Hj.Abd Talib Abd Hadi mengecat tiang penghadang kenderaan berat.

Makanan untuk mengalas perut memang banyak selepas kerja-kerja gotongroyong tersebut, antaranya 'mushroom soup' cecah dengan roti perancis, jemput-jemput pisang, pau inti kelapa, buah-buahan dan minuman.

Kerja-kerja tamat jam 12 tengahari. Terima kasih kepada yang datang membantu.

MESYUARAT AGONG MASJID TAHUN 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah pada 19 Januari 2011 yang lepas semua penduduk kampung pendamar telah melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli kariah dalam menghadiri mesyuarat agong masjid kampung pendamar bagi tempoh tahun 2010 yang telah diadakan di masjid pada jam 8.00 malam iaitu selepas solat fardhu maghrib.
Surat jemputan hadir ke mesyuarat agong.

Seperti biasa dalam mesyuarat agong adala sedikit ketegangan, tetapi dapat dikendurkan oleh pengerusi merangkap nazir.
Tuan Nazir Hj Mohd Shah Haron sedang menyampaikan kata-kata aluan.

Mesyuarat di rasmikan oleh ketua unit penyelaras masjid daerah klang yang mewakili pegawai tadbir agama daerah klang.
Timbalan Nazir Mohd Surani Shairi dan Ketua Kampung Mohamad Zin Dawod

AJK Anuar Shahruddin dan Wakil Belia Riza Ishak turut hadir.

Ahli kariah juga AJK KRT antara yang hadir

Antara ahli wanita yang hadir

Antara ahli kariah yang hadir.

Jamuan makan selepas mesyuarat agong selesai ialah 1 set KFC dinner plate seorang.