Wednesday, June 30, 2010

PERGI TAK KEMBALI LAGI

ssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Pagi tadi jam 5.00 pagi aku dikejutkan dengan panggilan dari hand phone isteriku memaklumkan Abang Mat Yassin suami Kak Wok meninggal dunia, Innalillahi wainnailaihi rajiun. Beliau pergi dalam usia 64 tahun. Allahyarham sudah 2 hari mengadu sakit perut dan telah pergi mendapatkan rawatan di Klinik swasta, tapi doktor kata tak sakit apa-apa, angin aje.

Oleh kerana tak tahan sakit lagi, dalam waktu dinihari menantunya telah membawa Allahyarham ke HTAR Klang, belum sempat doktor membuat pemeriksaan, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ada angin mengkhabarkan beliau mungkin sakit apendix, wallahuahlam.

Jenazah selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Tuesday, June 22, 2010

PENENTUAN ARAH QIBLAT TANAH PERKUBURAN

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Untuk makluman semua blogger dan anak kariah Kampung Pendamar bahawa tanah perkuburan kampung ini telah dijadikan contoh oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor sebagai tempat taklimat dan pengesahan arah qiblat yang betul.

Untuk pengetahuan bolehlah kita merujuk dalam Majallah At-Taqwa Bil.(12)1/2009 (April 2009). seperti di bawah ini.Kotak yang bertanda hitam adalah berkaitan.

Saya lambat poskan perkara ini almaklumlah baru je buat blog ni.

Wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.